- \

Saturday, April 24, 2010

Doaku.. untuk sahabatku...

Apabila kita ingin bersahabat, Janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya. Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya. Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya. Andai kita ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan memfitnahnya. Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya. Kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak ALLAH S.W.T. yang sebenar-benarnya... Besederhanalah dalam persahabatan, Insyaallah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Ya Allah,
Panjangkanlah umur sahabatku,. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat...

Amin, amin ya rabbal alamin..

Buat Sahabatku, semoga sentiasa ceria di samping insan tersayang...

Adakalanya kita mahukan yang terbaik dalam hidup ini. Sesuatu yang indah untuk dijadikan memori. Kekadang bukan mudah untuk mendapatkan apa yang kita hajati. Untuk menilai bukan sehari. Untuk mengenal bukan seminit. Kesetiaan itu bukan untuk diduga. Sahabat sejati adalah seseorang yang sentiasa mengingati, berkongsi suka dan duka, penasihat yang baik, membantu bila memerlukan meskipun bukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.. Apa yang pasti DIA sentiasa ada bila kita mengingatinya... :-)
Really miss my best best fren.. :-(