- \

Tuesday, February 21, 2012

..kerna hari ini aku ketahui sesuatu..

Dalam hidup ini, kita tidak perlu marah orang lain, andai mereka melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hati kita, kerana semua manusia itu punya haknya...cuma kita perlu memberi teguran, agar dia sedar kesalahannya..dia dapat memperbaiki kesilapan. Kita tidak boleh menganggap orang lain tu seperti kita, kita tidak boleh menganggap orang lain tu akan memahami kita, kita tidak boleh mengetahui apa yang ada di dalam hatinya, dia ada identitinya sendiri, dia ada persepsinya sendiri, dan dia adalah dia, kita adalah kita. cuma sekali sekala kita boleh berbicara dan mencari persesuaian kata sepakat antara satu sama lain, tetapi andai persefahaman tidak di dapati di situ kita tidak boleh marah atau merajuk...atau menyalahkan orang lain. Disitulah sebenarnya ujian Allah, dan cubaan menguji keimanan seseorang hamba yang baik... Siapalah kita untuk memarahi seorang hamba Allah yang lain atau menghukum seseorang kerana kedaifan dan kelalaiannya, atau tidak mahu memaafkan kesalahannya tanpa dia sengaja..Siapalah kita itu, siapalah kita ini berbanding dengan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, berbanding dengan para Tabi'in yang terdahulu, siaplah kita ini, sedang Allah yang memberi nyawa pada kita, Allah memberi rezeki pada kita, Allah memberi penghidupan, Allah yang memberi segala kenikmatan, tanpa kita pernah membuat bayaran, masih membuka pintu taubat seluas2nya pada hambaNya, masih memberi tempoh, masih memberi keampunan andai hambaNya membuat salah atau dosa, andai hambaNya meminta ampun terhadap segala kesalahan...Mengapa kamu wahai manusia, apakah istimewanya kamu berbanding mereka, sedang kamu tidak mahu memaafkan kesalahan sahabat kamu. Besar sangatkah kesalahan sahabat kamu itu sehingga kamu memusuhinya, dan memutuskan silatulrahim dengannya?....Tidakkah kamu mahu Allah memaafkan kesalahan kamu, jika kamu bersalah atau berdosa??? Sebenarnya dalam hidup ini Allah nak lihat keimanan kita, apakah benar kita beriman kepadaNya, andai setelah diuji dengan pelbagai cubaan..barulah diketahui tahap keimanan kita itu di mna. Aku percaya andai kebaikan sebesar zarahpun Allah akan kira..dan andai dosa sebesar zarah pun akn dihitung juga...semoga kita sentiasa bertaubat kepada Allah..dan Allah mengampunkan dosa2 kita..amin..
Thanks for everything.. Sorry for everything.. kerna hari ini aku mengetahui seseuatu..