- \

Friday, September 27, 2019

Jauh di mata, dekat di hati.. 😭😭😭

Catatan kehidupan 28/9/19 - 7.50 pagi Biar x banyak tapi ada.. Entri kali ini masih berkisar tentang kehilangan.. Kali ini kehilangan yang betul-betul nyata dan hilang terus dari pandangan mata.. 😰 Sangat pahit untuk ditelan.. Sangat sukar untuk diterima.. Kehilangan seorang sahabat.. yang maut dalam kemalangan jalan raya.. Kesal dan terkilan sangat di atas kecuaian orang lain, orang lain jadi mangsa. Tapi apa-apa pun, itu semua takdir Allah yang telah tetapkan aturan kehidupan ini. Semoga aku sentiasa berhati-hati dan tidak cuai juga ketika memandu.. 13 tahun perkenalan.. Sudah cukup untuk menjalinkan hubungan seperti sebuah keluarga.. Pahit manis, suka duka dikongsi bersama.. Sewa rumah bersama.. Makan bersama-sama.. Buat assignment bersama-sama.. Beriadah, berjalan semua bersama-sama.. Kita ke Genting Highlands, Mandi-manda di Sg.Samak.. Kenduri Croko pon kite pegi sama-sama.. Kenduri beliau pon kte pergi.. Kerap juga ke Tapah Road untuk menumpang kasih keluarga arwah.. Praktikum pon dekat-dekat.. Orangnya yang sangat teliti, mementingkan kebersihan, mempunyai Idea yang bernas, mepunyai kepakaran dalam bidang kewangan dan lain-lain lagi.. Memang tak dinafikan arwah acap kali kemalangan motorsikal.. Ingat lagi ketika praktikum, mendapat berita arwah kemalangan ketik hendak pergi ke sekolah. Masa tu hati memang tak senang untuk mengajar. Berpeluh nak mintak keluar dari pengetua untuk menziarahi arwah.. Maklumlah masa tu baru awal-awal praktikum.. Alhamdulilah tidak terlalu serius. Cuma hujung jari kelingking arwah perlu dibuang kerana sudah terkoyak akibat terkena kaca cermin lampu kereta ketika kemalangan.. Ada beberapa kali lagi arwah kemalangan menurut emaknya. Tapi berita kali ini, kemalangan maut yang kami terima.. 😭😭😭 Mengigil lutut mendapat perkhabaran ini. Ketika tengah khusyuk membuat kerja.. Speechless.. Sekelip mata, seperti tidak percaya, seperti mimpi. Tapi itulah hakikat yang perlu kami telan walaupun sangat pahit.. Mungkin kalau dilihat sedalam-dalamnya, memang sudah diberi petunjuk awal bahawa arwah akan pergi selama-lamanya dari dunia ini.. Aku tak mampu nak tatap wajah anak-anak arwah.. Yang sulung 6 tahun, kedua 4 tahun dan yang paling terkesan anak ketiga baru berusia tiga bulan.. Isteri arwah baru sahaja kembali bekerja dua hari setelah 3 bulan berpantang ketika kejadian berlaku.. Aku cukup bingung. Bingung memikirkan bagaimana isteri arwah untuk meneruskan kehidupan dengan 3 orang anak di dalam teratak indah yang telah mereka bina selama lebih kurang 7 tahun usia perkahwinan mereka. Pastinya setiap sudut rumah akan memberi kenangan.. Bagaimana malam-malam beliau? Aku harap sangat beliau kuat.. Ain.. be strong.. Kuatkan semangat, ain kena kuat demi anak-anak.. Semoga ain dapat meneruskan kehidupan dengan tabah, cekal, sabar.. Semoga dilindungi sentiasa.. Dikurniakan pendorong semangat dan orang sekeliling yang sentiasa mendampingi ain.. Allah lebih sayangkan arwah.. Kami semua AT31 KH UPSI in shaa allah akan sentiasa ada dengan ain.. Semoga arwah MOHD HANAFE BIN RAMLI ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat.. Meskipun jauh di mata, tapi dekat di hati.. al-fatihah #Pergiyangtakkembali

1 comments:

aba cenna said...

sejak arwah pergi meninggalkan kita, tiada hari yg berlalu tanpa mengingati arwah.. kenangan bersamanya tak mudah terpadam dari ingatan ini.. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh.. semoga yang terbaik juga untuk isteri dan anak2 arwah.. Allahumaghfirlahu..

entah lah amirr.. bila rasa kehilangan blogspot nilah tempat luahan perasaan.. jaga diri amir.. ada rezeki kita jumpa lagi..